Piala FA: Manjung City paksa Sri Pahang kerja keras di Kuantan

Football
23 Mar 2022 • 11:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KELAB Liga Super, Sri Pahang memerlukan aura penentuan sepakan penalti untuk menyingkirkan cabaran Manjung City FC 5-4 untuk mara ke pusingan kedua saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Rabu.

Anak buah Christophe Gamel yang tampil dengan status pasukan pilihan ternyata diberikan tentangan sengit kelab yang beraksi di saingan Liga M3 menyaksikan 45 minit pertama Tok Gajah gagal mencetak sebarang gol.

Bersambung babak kedua, Tok Gajah yang menggandakan asakan berjaya mencipta beberapa percubaan ke arah gawang pelawat, namun kekentalan bentang Manjung City berjaya menafikan deretan peluang tuan rumah.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan menyaksikan pengalaman ternyata berpihak kepada tuan rumah untuk kemenangan 5-4.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved