Lelaki murung dikhuatiri lemas

31 Mar 2022 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang mengalami kemurungan dikhuatiri lemas selepas jatuh ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Ismail Petra, di sini pada Rabu.

Kejadian itu disedari seorang pengguna jambatan berkenaan pada jam 11.15 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, mengikut maklumat daripada keluarga, mangsa yang berusia 43 tahun telah keluar dari rumah dengan menaiki kereta Proton Iswara miliknya.

"Menurut keluarga, sebelum kejadian mangsa didapati berada dalam keadaan kemurungan dan berhalusinasi.

image is not available

"Selain itu mangsa yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong serta Wakaf Bharu sedang dijalankan untuk mengesan mangsa.

Katanya, kawasan pencarian mangsa pada Khamis sudah mencecah sejauh tiga kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved