Shopee Kini Membolehkan Anda Mencuba Alat Solek Secara Maya Sebelum Membelinya

TechnologyDigital
25 Mar 2022 • 8:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Shopee kini memperkenalkan ciri “Beauty Cam” pada platform mereka, sekaligus membolehkan para pengguna mencuba terlebih dahulu sesuatu alat solek sebelum melakukan pembeliannya.

image is not available

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu melihat kepada label Beauty Cam, dan pada produk berkenaan, anda perlu tap pada ikon “Try This Shade”.

Ciri ini boleh digunakan pada aplikasi mudah-alih sahaja, di Android dan iPhone.

image is not available

Dengan pengenalan ini, ia membolehkan para pengguna mencuba terlebih dahulu sesuatu perkara – sebagai contoh warna gincu sama ada sesuai dengan wajah, sebelum melakukan pembelian untuknya.

Selain Shopee, Lazada turut telah memperkenalkan ciri sama pada platform mereka baru-baru ini.