Calon DUN Larkin, Tunjuk Kemahiran Tebar Roti Canai

Politics
3 Mar 2022 • 12:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rasid menunjukkan kemahiran menebar roti canai di salah sebuah gerai di Larkin. - Gambar Azim Abd Rahman

Pelbagai cara dilakukan oleh calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk menarik perhatian pengundi.

Selain ceramah dan kempen dari rumah ke rumah, salah satu cara lagi yang dilakukan untuk mendekati pengundi adalah dengan menebar roti canai, yang dilakukan oleh calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Rasid Abu Bakar.

Beliau yang juga Ketua Penerangan MUDA Johor, menunjukkan kemahiran menebar roti canai dan berjaya menarik perhatian ramai.

DUN Larkin yang ditandinginya itu menyaksikan pertembungan enam penjuru iaitu pertandingan antara calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Zamil Najwah Arbain dan Rasid yang mewakili MUDA.

Manakala empat calon lain adalah Mohd. Hairi Md Shah, (Barisan Nasional); Zulkifli Bujang, (Perikatan Nasional); Mohamad Riadz Mohamad, (Parti Pejuang Tanah Air) dan Norramadan Buan (Bebas). - Getaran, 3 Mac 2022

image is not available
Rasid menebar roti canai, ketika sesi bertemu pengundi di DUN Larkin. - Gambar Azim Abd Rahman

image is not available
Rasid yang juga ketua penerangan parti MUDA di Johor menunjukkan kemahiran menebar roti canai. - Gambar Azim Abd Rahman

image is not available
Rasid (tengah) berbual dengan pengundi di kawasan DUN Larkin. - Gambar Azim Abd Rahman