(VIDEO) “Sekali Lagi Di Negara ‘Bolehland’”- Netizen Berang ‘Ambulance’ Ditahan Demi Beri Laluan Kepada VVIP

Entertainment
7 Mar 2022 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, video memaparkan dua anggota polis trafik yang menahan sebuah ambulance dipercayai dalam perjalanan membawa pesakit ke hospital.

Menerusi video tersebut, anggota trafik itu menahan ambulans berkenaan bagi memberi laluan kepada konvoi VVIP.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah apabila ambulans itu telah membunyikan siren bagi menandakan kecemasan dan semua kenderaan turut ketepi bagi memberi laluan namun tetap dihalang oleh anggota tersebut.

image is not available

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih 106.6K tontonan, 2.3K tanda suka di laman Twitter.

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen berang dengan tindakan anggota tersebut yang lebih mementingkan VVIP dari pesakit yang dalam kecemasan.

https://twitter.com/queen_aashley/status/1500470672811716611/

“Sekali lagi di negara ‘bolehland’ VVIP dulu, ambulans kena tunggu,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Dia buta ka? Ambulan tu emergency kot,” tulis seorang lagi netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"B*bi, Pergi Mati.." - Calon SPM Terkejut Dimaki Guru, Minta Penjelasan Tapi Kena 'Block'