(VIDEO) “Cancel Kena ‘Scam’..”- Berlakon Sengau Jawab Panggilan Scammer, Wanita Ini Undang Tawa Netizen

25 Mar 2022 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Musim-musim nak keluar wang simpanan KWSP ni nampaknya makin ramai la individu-individu tidak bertanggungjawab yang mencuba untuk menjadi ‘scammer’ dalam talian dan memperdaya orang lain bagi mendapatkan wang dengan cara yang pantas.

Selalunya, ‘scammer’ ini akan menjalankan aktiviti penipuan mereka dengan membuat panggilan kononnya daripada agensi kerajaan seperti LHDN dan PDRM misalnya.

image is not available

Sumber : Google  

Tapi dengan kesedaran masyarakat mengenai sindiket penipuan yang semakin tinggi, ada juga yang dah ‘bersiap sedia’ menerima panggilan ‘scammer’ ini semua.

Tular di TikTok baru-baru ini apabila satu perkongsian daripada seorang wanita yang didakwa agak ‘rare’ dan lain daripada yang lain ketika mengelak daripada ditipu ‘scammer’ ini telah mencuit hati netizen.

Dalam video tersebut, wanita yang dikenali sebagai @nurelyn32 itu telah memuat naik rakaman seorang wanita yang sengaja bersuara sengau semasa menjawab pangillan ‘scammer’.

Menjengah ke ruangan komen hantaran TikTok tersebut, ramai netizen terhibur malah ada juga yang meluahkan hasrat untuk meniru kaedah tersebut jika menghadapi perkara yang sama di kemudian hari.

Memang tak jadi ‘scam’ la kan kalau dah macam tu!

image is not available 2 hari lalu

Dianggap ‘Penunggang Agama’, Kegiatan Amal Wakaf Al-Quran Di Mekah & Madinah Didakwa ‘Scam’?