PLUS Akan Sediakan Tempat Cas Kereta Elektrik Di Lebuhraya Dengan Kerjasama TNB

Cars
14 Mar 2022 • 5:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kereta elektrik

Kereta elektrik dilihat semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia untuk memilikinya. Perkembangan ini sangat baik selepas seluruh dunia ketika ini memfokuskan perkembangan EV ini.

Bagi menyambut baik perkembangan penggunaan EV ini, pihak PLUS bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bersetuju untuk membangunkan stesen pengecas kenderaan elektrik, pemasangan sistem pemantauan kecekapan tenaga dan pemasangan sistem solar fotovoltaik di R&R terpilih sepanjang jajaran lebuhraya PLUS.

Usaha ini sekaligus membantu inisiatif pengurangan pelepasan karbon di Malaysia.

image is not available

Bila semua kemudahan ini siap, sudah tentu ia dapat memastikan perjalanan pelanggan yang menggunakan kereta elektrik lebih lancar, selamat dan selesa sepanjan lebuhraya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.