Twitter sediakan cara untuk pengguna iOS cipta GIF sendiri

Digital
23 Mar 2022 • 12:14 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Twitter baru sahaja lancarkan cara untuk pengguna cipta dan kongsikan GIF mereka sendiri menggunakan kamera. Tapi buat masa ini ia hanya tersedia untuk peranti iOS sahaja.

Jika anda suka kongsikan GIF, maka lepas ini anda boleh cipta GIF mengikut kreativiti, bahkan boleh juga paparkan wajah anda sendiri dalam GIF itu. Berikut merupakan cara untuk hasilkannya:

  1. Pada aplikasi Twitter, klik simbol + untuk cipta tweet baru
  2. Pilih ikon kamera
  3. Pilih GIF
  4. Cipta GIF anda, kemudian kongsikannya dengan followers.

Saya sudah cuba ciri ini, nampaknya GIF yang sudah dicipta dan dikongsikan akan tersimpan automatik di dalam galeri telefon. Maka, saya boleh gunakannya banyak kali di Twitter dan boleh juga kongsikannya di aplikasi lain pula. Jika sebelum ini anda sering berikan reaksi kepada sesebuah Tweet menggunakan emoji, selepas ini anda harus cuba kongsikan GIF pula untuk tunjukkan reaksi dan emosi anda.

[Sumber: 9TO5Mac]

Bacaan berkaitan