Resipi Sedap ‘Creamy Chilli Oil Fettuccine’, Dengar Macam Susah Tapi Senang Nak Buat!

Cooking
31 Mar 2022 • 11:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
creamy chilli oil

Bosan lah asyik makan makanan melayu je kan? Sekali sekala tekak ni nak juga la makan makanan barat, nak ubah selera lah katakan, haha! Hari ini korang jangan risau, Oh! Media nak kongsikan resipi istimewa, iaitu creamy chilli oil fettuccine!

Resipi ini merupakan masakan barat sebab kita gunakan pasta, tapi bila kita orang Malaysia yang nak makan, mestilah nak ada rasa pedas kan? Jadi kita akan gunakan chilli oil untuk bagi ada kick! Jom kita buat!

image is not available

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Chilli oil
  • Udang
  • Susu full cream
  • Air rebusan pasta
  • Garam
  • Parsley
  • Lada hitam

Cara-cara

Pertama sekali, korang kena rebuskan pasta dan simpan air pasta tu untuk masukkan dalam masakan nanti.

Lepastu, korang kena potong dadu untuk bawang putih dan bawang holland. Dah siap potong, korang tumiskan bawang-bawang itu dengan chilli oil.

image is not available

image is not available

Kemudian, bila dah garing, korang masukkan udang pula! Haa udang ni korang balik-balikkan dia untuk bagi dia masak.

image is not available

Bila dah sebati udang tadi, korang boleh masukkan susu full cream pula! Agak-agak je okay sukatan dia, ikut korang nak masak untuk berapa orang. Jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat.

image is not available

Kacau-kacau dan korang boleh masukkan air rebusan pasta tadi. Air rebusan pasta ni nak bagi masakan tu jadi lebih sedap!

image is not available

Bila dah mendidih, barulah korang boleh masukkan pasta, iaitu fettuccine!

image is not available

Gaul dan ratakan pasta bersama kuah dia, dan akhirnya korang boleh masukkan garam, parsley dan lada hitam untuk bagi masakan jadi cukup rasa!

Ikut citarasa korang kalau nak tambah apa-apa, tapi kalau tambah tiga bahan ni je pun dah sedap tau!

image is not available

Dan akhirnya korang boleh hidangkan dalam pinggan dan siap untuk dimakan! Senang je kan? Kalau korang buat ni, mesti takkan menyesal sebab memang sedap sangat, tak muak pun.

Bolehlah simpan resipi ni untuk buat semasa berbuka di bulan Ramadan nanti. Selamat mencuba!

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media