Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia edar bantuan banjir

4 Mar 2022 • 11:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Kira-kira 40 sukarelawan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia akan mengedar barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai menerusi peruntukan khas RM3.77 juta kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

"Kita harap bantuan ini dapat kurangkan beban yang ditanggung mereka yang sedang menghadapi ujian dari Allah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelepasan Bantuan Banjir Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ke Pantai Timur di sini pada Jumaat.

Katanya, skuad berkenaan akan bergerak ke Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu sebelum meneruskan misi ke kawasan lain yang terjejas akibat banjir.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini di Terengganu ialah seramai 2,846 mangsa berbanding 5,128 mangsa semalam, manakala Kelantan 4,715 mangsa berbanding 4,809 mangsa semalam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved