Kontrak penghasilan cip flagship Qualcomm berpindah daripada Samsung ke TSMC?

Digital
8 Mar 2022 • 4:55 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Cakap-cakap di alam maya ada menyebut yang pengganti Snapdragon 8 Gen 1 akan dihasilkan TSMC. Setakat ini, pengganti tersebut dirujuk sebagai Snapdragon 8 Gen 1+, mengikut tatacara penamaan yang digunakan Qualcomm buat masa ini. Buat masa ini, Snapdragon 8 Gen 1 masih dihasilkan Samsung.

image is not available

Namun, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa TSMC sudahpun menghasilkan Snapdragon 8 Gen 1 dengan faktor seperti penuaian cip daripada wafer yang tidak memuaskan disamping kelemahan pada segi kawal selia haba.

image is not available

Walau bagaimanapun, jika dilihat pada trend sejak Snapdragon 800 dulu, berkemungkinan besar kontrak penghasilan Snapdragon 8 Gen 1+ masih akan dipegang Samsung. Kerana semua versi "Plus" untuk cip-cip flagship sebelum ini dihasilkan pengeluar yang sama.

Sumber: GSMArena

View Original Article