“Tak Ada Jodoh..” – Ibu Jumpa Bakal Menantu ‘Tak Jadi’ Di Majlis Kahwin, Rupanya Anak Sendiri Buat Hal

Entertainment
7 Mar 2022 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak selalu kita dengar bakal mentua dan bakal menantu mempunyai hubungan yang rapat seperti keluarga sendiri, namun jika personaliti seseorang itu mempunyai budi bahasa yang baik, sudah pasti akan disayangi.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ini, beliau berkongsikan sebuah video dimana dirinya sedang kunjungi majlis kahwin bekas kekasih anaknya.

Menurut wanita tersebut, dia berasa sedih kerana gadis tersebut tidak menjadi menantunya memandangkan anaknya telah menjalin hubungan selama lima tahun bersama gadis itu.

Diri sendiri mengakui anak yang membuat ‘hal’ hingga terputusnya hubungan yang dijalin hingga gadis tersebut turut mengambil keputusan untuk memilih yang lain.

Namun, wanita itu menerima dengan hati yang terbuka bahawa anaknya dengan gadis itu sudah tiada jodoh dan dapat dilihat dalam video terbabit, jelas terpancar raut wajah sedih di muka wanita itu ketika memeluk gadis terbabit.

image is not available

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata warganet memuji perwatakan wanita tersebut kerana jarang lihat seorang ibu menyalahkan anak sendiri, malah netizen turut berharap agar satu hari wanita itu akan berjumpa dengan menantu yang baik budi pekertinya.

image is not available 19 jam lalu

"Siapa P*kimak Yang Special Sangat Ni?" - Ulang Balik 'Movie' Lepas 45 Minit, Netizen Minta Pawagam Beri Penjelasan