Kereta Terbakar Tepi Jalan, Mayat Lelaki Ditemukan Rentung

28 Mar 2022 • 4:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Malam tadi terdapat satu kejadian kereta terbakar sehingga mengakibatkan seorang lelaki rentung di tepi jalan. Apa kes ni?

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di kawasan Perumahan Iskandar Malaysia (Prisma), Johor Bahru dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar.

image is not available

Laporan mengenai mangsa yang terperangkap dalam kereta terbakar itu diterima menerusi panggilan orang awam. Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kereta tersebut terbakar dan diberhentikan dalam keadaan enjin yang masih hidup.

Polis tidak menemukan sebarang butiran mahupun barang berharga di tempat kejadian.

Mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan bantuan bomba dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Walaubagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan dan mayat mangsa yang rentung dengan tangan dan jari terputus itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor untuk bedah siasat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved