
RANAU: Jambatan gantung Kampung Daramakon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang rosak akibat banjir telah dibaik pulih sepenuhnya dan kini selamat digunakan.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata kini penduduk kampung boleh menggunakan jambatan gantung itu untuk melakukan aktiviti harian.

