
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Bawah-19 Sabah, Johnny Dominicus menggesa pemain-pemainnya agar tidak terlalu yakin apabila mereka berdepan PJ City dalam perlawanan Kumpulan C Piala Belia di Stadium Mini Persada Plus petang ini.
Sabah ketika ini berada di tangga kedua dalam carta dengan empat mata selepas dua perlawanan pembukaan dengan satu kemenangan dan satu seri, sementara lawan mereka hanya satu anak tangga di bawah mereka dengan tiga mata.

