Ini naik taraf iPhone SE (2022) yang perlu anda tahu tapi tidak diumumkan secara rasmi

Digital
10 Mar 2022 • 2:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

iPhone SE (2022) adalah iPhone paling murah boleh anda dapatkan. Apple menawarkan telefon ini pada harga bermula RM2,099 hinggalah RM2,799. Walaupunmengekalkan rekaan lama, bahagian dalamnya adalah lebih segar. Misalnya ia diperkasa cip Apple A15 Bionic, cip yang sama boleh ditemui pada barisan iPhone 13.

image is not available

Ada satu lagi perkara yang ditambah baik tapi tidak dikongsikan secara rasmi sewaktu acara Peak Performance tempoh hari. Perkara tersebut adalah kapasiti RAM yang terkandung telefon ini. Daripada seorang pengguna yang menganalisis kod aturcara perisian Xcode, dia mendapati yang iPhone SE (2022) memiliki 4GB RAM. Ia 1GB lebih tinggi berbanding iPhone SE (2020).

Berbekalkan CPU dan RAM yang sama macam siri iPhone 13, tak mustahil prestasinya boleh berada separas dengan flagship 2021 itu kecualilah Apple memang sengaja memperlahankan telefon ini atas sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah harga jualan iPhone SE (2022) di Malaysia:

  • iPhone SE 64GB RM2,099
  • iPhone SE 128GB RM2,299
  • iPhone SE 256GB RM2,799

Pilihan warna cuma ada tiga iaitu putih, hitam dan merah. Mereka yang berhasrat untuk membeli iPhone SE baru ini, boleh berbuat demikian mulai 25 Mac 2022. Tempahan awal akan turut dibuka, pada 18 Mac 2022.

Sumber: MacRumors