Qualcomm Dan Trimble Membawakan Sokongan GNSS Pada Peranti Pintar Dengan Ketepatan 1 Meter

TechnologyDigitalCars
23 Mar 2022 • 9:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) digunakan untuk mengetahui lokasi di permukaan bumi dengan tepat dan pantas. Ia kini boleh diakses dengan mudah menerusi aplikasi seperti Google Maps dan Waze. Qualcomm dan Trimble mengumumkan sokongan teknologi Trimble RTX GNSS pada cip Snapdragon 888 dan Snapdagon 8 Gen 1 yang memberikan ketepatan lokasi sehingga lingkungan 1 meter.

image is not available

Dengan teknologi ini, ketepatan sistem GPS meningkat sehingga 5 kali ganda berbanding yang digunakan sekarang sehingga mampu mengesan lorong kenderaan sedang dipandu. Pengumuman hari ini mengukuhkan lagi kerjasama di antara Qualcomm dan Trimble yang sebelum ini menawarkan sistem penjejakan lokasi yang tepat untuk kenderaan bagi menyokong sistem ADAS.