‘Hijabista’ Wajib Tahu! Ini Tips Pilih Tudung Sesuai Ikut Tempat & Waktu

Women's Fashion
9 Mar 2022 • 6:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selain pemilihan baju, pemilihan tudung yang tepat juga merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan para wanita.

Ini kerana, pemilihan tudung yang sesuai dan padan bagi seorang wanita muslimah merupakan perkara yang cukup penting bagi menjaga kehormatan diri serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai Fatin Fatihah telah berkongsi tips pemilihan tudung yang sesuai dengan waktu dan tempat.

Basic Chiffon

image is not available

Material tudung shawl jenis basic chiffon ini merupakan satu perkara yang para wanita ‘must have’ kerana meterial jenis ini sesuai dipakai pada waktu panas and sejuk disebabkan oleh jenis kain yang lebih nipis dari chiffon yang lain dan mudah untuk serap peluh. Jadi, si pemakai akan berasa selesa walaupun telah memakainya pada jangka masa yang lama di tempat panas.

Cotton

image is not available

Tudung shawl jenis cotton ini sesuai untuk seseorang yang pentingkan keselesaan. Ini kerana, material cotton tidak akan membuat si pemakai berasa rimas walaupun berpeluh di kawasan yang terdedah panas cahaya matahari. Tudung jenis ini juga sesuai untuk dipakai untuk ke panggung wayang bagi memberi ‘vibe’ cozy time.

Satin

image is not available

Bagi mereka yang sering ke event, material jenis satin amat sesuai untuk dipakai oleh kerana material satin ini akan membuatkan ‘ootd’ nampak lebih lengkap, exclusive dan elegant. Selain itu, satin shawl juga sesuai untuk dipakai dengan casual outfit jika pandai ‘mix and match’.

Pleated

image is not available

Untuk para wanita yang gemarkan aktiviti lasak dan outdoor, mereka perlu memilih tudung yang juga boleh tahan lasak. Contohnya, tudung pleated shawl, ini kerana shawl jenis ini mudah untuk dibuka dan dipakai semula dimana sahaja. Ia juga boleh disimpan didalam beg tanpa perlu digosok semula oleh kerana texsture kain yang tidak mudah kedut.

Crinkle Chiffon

image is not available

Tudung shawl chiffon jenis crinkle ini juga sesuai untuk mereka yang jenis sukakan aktiviti lasak kerana jenis kainnya boleh tahan lasak. Ia juga sesuai untuk dipakai dengan baju kurung dan casual outfit. Tudung jenis crinkle ini tidak mudah kedut dan kainnya lebih flowy dan lembut berbanding pleated.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 minggu lalu

Rasa Diperhatikan Bila 'Check-In'? Ini Tips Penting Untuk Cari 'Hidden Camera' Di Hotel