Nelayan Thailand jatuh bot ditemukan lemas

23 Mar 2022 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Nelayan warga Thailand yang terjatuh dari sebuah bot di jeti berhampiran Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan, mayat Muhammad Adnan, 29, ditemukan oleh kumpulan nelayan pada 10.18 pagi tadi, kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Muhammad Adnan dikatakan terjatuh pada kira-kira 9 pagi semalam, semasa sedang mengisi air batu ke dalam tong ais di bot nelayan yang sedang bergerak secara mengundur untuk keluar dari jeti tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan semalam, melibatkan pegawai dan kakitangan pelbagai agensi selain dibantu nelayan. - Bernama