Redmi Note 11 Pro+ 5G Bakal Dilancarkan Secara Global Pada 29 Mac

TechnologyDigital
28 Mar 2022 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Baru-baru ini, siri Redmi Note 11 telah diumumkan untuk pasaran global. Ianya terdiri dengan Redmi Note 11, Redmi Note 11S, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G. Di Malaysia, ia dijual pada harga bermula Redmi Note 11 boleh dibeli pada harga bermula RM749, Redmi Note 11 bermula RM999 dan Redmi Note 11S pula bermula RM899.

image is not available

Terbaharu, Xiaomi mempunyai perancangan baharu untuk penambahan model lain pada siri yang sama. Melihat pada perkongsian Xiaomi Global di laman web rasminya, peranti berkenaan adalah Redmi Note 11 Pro+ 5G dan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada esok iaitu 29 Mac 2022. Pengenalannya di sini boleh dikatakan sebagai sebuah lagi pilihan baharu yang boleh dimanfaatkan oleh segenap pengguna hari ini.

image is not available

Setakat ini, Xiaomi masih belum berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran spesifikasi padanya. Namun begitu, timbul desas desus bahawa peranti kelak akan dilengkapi pemprosesan MediaTek Dimensity 920 dan tidak sama seperti variasi model di China yang menggunakan Snapdragon 695. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut sudah semestinya bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Xiaomi Global