Selisih faham gara-gara tegur anak jiran main bola

26 Mar 2022 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KLANG - Berang kerana anaknya ditegur, seorang lelaki cuba mendapatkan perjelasan dari jirannya sebelum berlaku pertikaman lidah antara mereka dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sultan Suleiman di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi satu minit 27 saat memaparkan kejadian berkenaan selepas ia tular di media sosial pada Khamis.

"Polis telah menerima laporan dari kedua belah pihak dan mereka telah dipanggil serta dirakam keterangan.

"Kejadian berpunca daripada pihak pertama yang menegur anak pihak kedua kerana bermain bola di padang berhampiran rumahnya sehingga mengenainya bumbung rumahnya dan mengakibatkan sedikit kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, bagaimanapun kedua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan baik.

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (TTL).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved