Apple Menghalang Storan SSD Mac Studio Daripada Dinaiktaraf Pengguna Di Tahap Perisian

TechnologyDigital
22 Mar 2022 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini kami melaporkan Mac Studio sebenarnya hadir dengan slot SSD tambahan yang membuka peluang kepada pengguna untuk menaiktaraf sendiri di rumah di masa hadapan. Tetapi kegembiraan ini hanya bertahan sementara kerana menurut saluran YouTube Luke Miani, penaiktarafan SSD sendiri oleh pengguna telah dihalang oleh Apple di tahap perisian.

Untuk membuktikan teori, sebuah SSD dari Mac Studio dipindahkan ke Mac Studio kedua. Apabila komputer dihidupkan lampu berkelip dan komputer dia memasuki skrin but seperti biasa. Jika SSD antara dua Mac Studio ditukar perkara yang sama berlaku. Ini adalah tindakan yang mengecewakan dari Apple tetapi mereka telahpun mengatakan di laman bahawa storan SSD memang tidak boleh dinaiktaraf sendiri oleh pengguna pasca pembelian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved