Masih ramai kena scam: MCPF

25 Mar 2022 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TAMPIN - TAMPIN - Penipuan dalam talian atau scam menjadi aduan paling banyak diterima Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Sembilan membabitkan mangsa pelbagai pangkat dan umur.

Pengerusi MCPF Negeri Sembilan, Datuk Fadzil A Bakar berkata, yayasan berkenaan akan mempergiatkan lagi aktiviti kesedaran supaya dapat meningkatkan kesedaran orang ramai bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah siber.

"Jenayah seperti ini perlu diuar-uarkan sama ada di peringkat sekolah, kawasan luar bandar atau bandar.

"Kita akan menyusun, menganjurkan dan menggalakkan pelbagai aktiviti seperti ceramah, pameran, seminar, dan lain-lain bagi membantu organisasi, institusi, badan dan pelbagai individu bagi tujuan pencegahan jenayah," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai sambutan peringatan Hari Polis Ke-215 peringkat IPD Tampin pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Polis daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab.

Menurut beliau, MCPF juga sedaya upaya memainkan peranan melibatkan seramai mungkin orang awam dalam program pencegahan jenayah bagi mengelakkan dan memberi peluang kepada penjenayah.