PRN Johor: Bukti BN/ Umno relevan – Bung

Politics
14 Mar 2022 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

ULU TIRAM: Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor membuktikan BN /Umno masih relevan di hati rakyat.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) berkata kemenangan itu memberikan semangat untuk BN terus melangkah menghadapi Pilihan Raya Umum PRU ke-15

Katanya, rakyat Johor telah membuat keputusan jelas siapa yang mereka pilih untuk mentadbir negeri Johor melalui Pilihan Raya Negeri Johor pada Sabtu, yang memihak BN.

Bung berkata ia tidak penting sama ada ia kemenangan kecil atau besar, kerana kehendak rakyat melalui kertas undi sudah diterjemahkan

“Kemenangan BN memperolehi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan bukan sahaja mencerminkan kehendak rakyat Johor tapi bukti jelas BN/Umno masih relevan di hati rakyat,” katanya ketika diminta mengulas kemenangan BN dalam pilihan raya kali ini.

Bung, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata dewan undangan negeri dibubarkan untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

“Hasilnya mandat baharu sudah diberikan yang perlu dihormati dan tidak mengulangi perangai lama lompat sana dan lompat sini mengkhianati mandat rakyat. “Mandat baharu yang diberikan oleh rakyat perlu disusuli dengan tindakan berkerja untuk rakyat dan masa ini BN perlu membuktikan janji yang dilontarkan dalam manifesto perlu dilaksanakan,” katanya

Mengulas kemenangan kerusi Angkat yang dijaga oleh Umno Sabah, Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata beliau bersyukur kerana dua kerusi negeri iaitu Tiram dan Permas dapat ditawan daripada parti pembangkang yang sebelum ini dipegang PKR

“Walaupun kita terlepas dua kerusi Johor Jaya dan Puteri Wangsa yang sudah kita jangka awal kerana faktor mejoriti pengundi kebanyakan Cina namun kejayaan menyumbang dua kerusi sudah cukup bermakna,” katanya.

Bung turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jentera BN dari Sabah dan tempatan yang bertungkus lumus selama dua minggu bagi membantu calon-calon BN di kawasan tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.