Saringan kesihatan percuma dilancar Mei, sasar 500 orang setiap DUN

26 Mar 2022 • 9:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 MAC: Program Saring Selangor yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma dilancarkan Mei ini dengan sasaran 500 peserta di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata inisiatif itu khas buat golongan berisiko, ada sejarah penyakit dan ibu bapa kepada Anak Istimewa Selangor (ANIS).

“Tujuan program ini bagi mengesan mereka yang kelihatan sihat tetapi sebenarnya berisiko terhadap sesuatu penyakit seiring prinsip mencegah lebih baik daripada merawat.

“Banyak kajian menunjukkan pengesanan awal penyakit dapat membantu perancangan rawatan lebih baik terutama bagi mengelak penyakit tidak berjangkit,” katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Dr Siti Mariah menjelaskan program dianjur bersekali Jelajah Sihat Selangor menawarkan pemeriksaan ujian tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Turut dilaksanakan ujian pap smear untuk mengesan barah pangkal rahim, ujian mamogram (barah payudara) dan ujian najis (barah kolorektal).

“Pemeriksaan mata dan saringan kesihatan mental juga akan dibuat selain membuka kaunter khusus untuk pengambilan vaksin Covid-19,” katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved