Panel Terbaru E-Ink Boleh Memaparkan 60,000 Warna Dan Kontras Lebih Jelas

TechnologyDigital
27 Mar 2022 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

E-ink menjadi pelopor teknologi dakwat digital yang tidak memerlukan banyak kuasa untuk berfungsi dan popular digunakan pada peranti pembaca ebuku. Sebagai pelopor mereka sentiasa memperkenalkan teknologi baharu dan kini mereka melancarkan pula E Ink Gallery Plus yang boleh memaparkan sehingga 60,000 warna.

image is not available

Ini adalah peningkatan dari paparan hanya sekitar 4000 warna sahaja pada panel yang dihasilkan sebelum ini. Tahap kontras imej juga ditingkatkan sehingga 40% yang membuatkan ia kelihatan lebih jelas. Panel baharu sebesar 28-inci dan 25.3-inci telahpun digunakan di stesen kereta api bawah tanah di Taipei untuk memaparkan maklumat perjalanan kepada penumpang.

Tetapi ia juga boleh digunakan dalam restoran untuk paparan menu lebih menjimatkan kuasa, dan pengiklanan. Ini dapat mengurangkan pembaziran kertas yang perlu dicetak dan panel hanya memerlukan kuasa dari panel solar untuk beroperasi. Panel E Ink Gallery Plus tuurt ditawarkan dalam saiz 13.3-inci.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved