“Info Tak Tepat..” Ketua Imigresen Malaysia Tegur Harith Iskander Isu Lawak ‘2 Kaunter Buka’ Di KLIA

3 Mar 2022 • 4:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak terkenal negara, Harith Iskander baru-baru ini ada ditegur Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud berikutan klip video persembahan lawaknya yang dimuat naik olehnya di laman Twitter.

Dalam klip video persembahan ‘stand up’ komedinya itu, Harith membincangkan secara sinis mengenai perbezaan servis lapangan terbang di negara Malaysia dan Singapura.

Kata Harith, servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun Malaysia hanya buka 2 kaunter sahaja walaupun mempunyai bilangan yang sama.

Sehubungan itu, Khairul Dzaimee membalas tweet Harith itu dengan menulis ‘Misleading’ atau bermaksud maklumat yang salah.

image is not available

Ia juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengambil peluang untuk menceritakan pengalaman mereka berurusan di kaunter-kaunter yang terdapat di lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Malah, ada juga yang memberi nasihat kepada Harith agar lebih berhati-hati ketika menyampaikan lawak dalam setiap persembahannya kerana mungkin dapat mencemarkan nama mana-mana pihak dan juga orang ramai.

image is not available 2 bulan lalu

Harith Iskander Tampil Mohon Maaf Tentang Kenyataan Persoal Peranan ATM