Pemilik Tesla Terkedu, Bil Pengecasan Bernilai RM2.5juta?

Cars
11 Mar 2022 • 12:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tesla kini merupakan salah satu jenama yang mula mendapat tempat dalam kalangan peminat kereta elektrik di seluruh dunia.

Menurut laporan Careta, terdapat seorang pemilik kenderaan jenama itu mengadu tentang bil pengecasan yang terlalu mahal di media sosial Weibo. Berapalah bil dia agaknya ya?

Perkara ini juga menjadikan pemilik Tesla di Shanghai itu telah diharamkan untuk mengguna jaringan Tesla Supercharging kerana mempunyai bil tertunggak yang bernilai 3,346,306 yuan bersamaan RM2.55juta. Pergh! Mahal gila.

Walaubagaimanapun, pihak Tesla telah tampil dan memberitahu bahawa terdapat kesilapan yang berlaku pada sesetengah kenderaan mereka dan ianya sedang dibaiki. 

Nasib baiklah betul ada kesalahan teknikal, kalau tidak macam mana nak bayar bil semahal itu kan. Korang ada yang mempunyai impian untuk pakai kereta jenama ni?

Kredit: Careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article