75 Kes Kematian Direkodkan Semalam, Selangor Paling Tertinggi

1 Mar 2022 • 12:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam sebanyak 75 kematian direkodkan akibat wabak yang melanda dan perkara tersebut menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 32,749 kes.

Menurut laporan Berita Harian, berdasarkan 75 kes tersebut, yang paling terbanyak adalah di Selangor yang merekodkan 22 kes. Kemudian diikuti Johor sebanyak 13 kes dan Sabah sebanyak 11 kes. Allahu!

Untuk pengetahuan, 20 kes daripada angka itu juga merupakan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa penerima vaksin jenis Sinovac dan juga warga emas yang berumur 60 tahun ke atas perlu dapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 April ini sekiranya tidak mahu kehilangan status vaksinasi lengkap.

Jadi, korang jangan menangguhkan pengambilan vaksin ya. Ini juga merupakan salah satu usaha untuk kita mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.