Covid-19: 77 kematian, 23 BID pada Jumaat

13 Mar 2022 • 8:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 77 kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 33,720.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,018 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 26 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perlis menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 82 kematian, diikuti Kedah dengan 57 dan Putrajaya (43).

KKM turut merekodkan 26,250 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 3,801,036.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 56.7 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 34.5 peratus.

Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi pic.twitter.com/ZTmPQFv68C

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved