Fitbit Tarik Semula Fitbit Ionic – Kerana Risiko Luka Melecurkan Tangan

TechnologyDigital
3 Mar 2022 • 7:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Fitbit Ionic

Fitbit kini menarik semula jam tangan pintar pertama mereka yang telah diperkenalkan sejak 2017 lepas, iaitu Fitbit Ionic. Hal ini adalah disebabkan oleh bateri pada jam tangan pintar berkenaan yang menjadi panas, dan membawa kepada potensi luka melecurkan tangan pengguna.

Buat masa ini, ia dikatakan terdapat sekitar 115 laporan berkaitan dengannya di Amerika Syarikat, dan 59 laporan pada peringkat antarabangsa. Melalui kes berkenaan, sekitar 118 kes adalah melibatkan luka melecur, dengan dua luka melecur tahap dua, dan empas kes luka melecur tahap tiga.

image is not available

Pihak berkuasa Amerika Syarikat meminta pengguna berhenti mengguakannya, dan menghubungi Fitbit untuk memulangkan kembali jam tangan pintar berkenaan.

Penarikkan semula jam tangan pintar ini  dijangka melibatkan satu juta unit di Amerika Syarikat, dan 693,000 pada peringkat antarabangsa.

Fitbit Ionic sebelum ini dijual pada harga RM1399 ketika pengenalannya di Malaysia pada 2017 lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved