Snoop Dogg Pakai Baju Jersey Kelab JDT Muncul Dalam Lagu ‘Pioneers’

Music
17 Mar 2022 • 11:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
snoop dogg

Akhirnya terjawab sudah sebab mengapa lagenda hip hop, Snoop Dogg sebelum ini dilihat bekerjasama dengan Joe Flizzow. Rupanya, mereka nak siapkan lagu rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baru sahaja dilancarkan hari ini.

Juara Liga Super Malaysia, JDT dalam satu majlis mengumumkan kerjasama strategik baharu mereka bersama Universal Music Asia Tenggara (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA. Kerjasama ini bagi merealisasikan lagu tema rasmi kelab itu yang bertajuk ‘Pioneers’. Korang dah boleh layan lagu ni dekat YouTube JDT bawah ni.

PIONEERS by Snoop Dogg & Joe Flizzow

Gandingan artis bangsa Johor bersama Snoop Dogg

Ketika majlis perasmian, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, TMJ bertitah sudah tiba masanya memartabatkan lagu tema JDT ke peringkat antarabangsa di mana ‘Pioneers’ menceritakan cabaran dan pengalaman yang diharungi JDT hingga ke tahap ini.

image is not available

Gandingan Snoop Dogg bersama artis Johor, Joe Flizzow sememangnya satu gandingan yang menakjubkan dan kami berharap Pioneers akan menjadi permulaan bagi jalinan kerjasama antara JDT dan Universal Music pada masa depan.

Lagu tema ini bukan saja amat bermakna bagi kelab malah penyokong JDT di seluruh negara. Saya yakin ia mampu mengukir senyuman tidak ternilai dalam kalangan mereka. Ia akan menjadi sumber inspirasi bagi pasukan JDT bagi terus meraih kejuaraan. – Titah TMJ.

Setakat ini lagu Pioneers sudah mendapat tontonan lebih 70,000 dan mendapat respon yang sangat baik dari peminat.

image is not available

Kredit: Harian metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved