
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perwakilan UMNO bersetuju bahawa lima pemimpin utama parti akan mengadakan perbincangan mengenai penetapan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelima-lima pemimpin termasuk beliau akan menetapkan tarikh tersebut sebelum dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk dijadikan sebagai ketetapan parti.
Perkara tersebut dimaklumkan Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas selepas menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL
