PKS terjejas banjir digesa manfaatkan SMEEF 2.0

29 Mar 2022 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir digesa memanfaatkan Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) bagi membantu merancakkan semula perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, SMEEF 2.0 memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000 dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun dan diberikan moratorium setahun membabitkan peruntukan keseluruhan RM100 juta.

Bagaimanapun, Noh berkata, beliau agak kecewa kerana setakat ini daripada 200 usahawan PKS yang dikenal pasti terjejas dengan bencana alam itu, hanya 20 sahaja memohon dan ditawarkan SMEEF 2.0.

"Mungkin sebab (SMEEF) pinjaman, mereka dah tiada wang, maka tidak mahu buat pinjaman. Sebaliknya, banyak PKS minta geran.

"Kita tahu RM100,000 tak mencukupi, contohnya kalau PKS mesin rosak dah beratus ribu ringgit (untuk baiki), kalau bengkel dengan kereta rosak memang tak cukup, tapi ini tanda kerajaan bantu ringankan beban usahawan," katanya ketika sidang akhbar selepas menyampaikan SMEEF 2.0 dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) SME Corporation Malaysia (SME Corp) di sini pada Selasa.

"Ini arahan baru saya, syaratnya cukup mudah yang pertama buktikan syarikat terkena banjir dan pengesahan boleh dibuat sama ada di pejabat daerah, melalui laporan polis atau pemimpin tempatan dan kedua, tak perlu senaraikan apa barang yang nak dibeli," katanya.

Mengenai OACP SME Corp, Noh berkata, ia merupakan dokumen dasar antirasuah bagi menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah di dalam sesebuah organisasi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved