Realme C31 Dilancarkan Dengan Unisoc T612 Dan Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
25 Mar 2022 • 11:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme sering memberi tumpuan kepada peranti bersegmen bajet dan setakat ini, mereka telah melancarkan beberapa model yang merangkumi harga berbeza. Terbaharu, Realme C31 telah dilancarkan di Indonesia. Ia merupakan peranti dengan janaan cip Unisoc T612, di samping turut menampilkan beberapa ciri menarik lain seperti bateri 5000mAh, sistem tri-kamera utama dan sebagainya.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Realme C31 dilengkapi dengan skrin sebesar 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+ dan nisbah skrin-ke-badan mencapai 88.7%. Ia juga dipadankan dengan cip Unisoc T612 dan memori mencapai 4GB (LPDDR4X) dan storan dalaman 64GB (UFS 2.2). Turut melengkapi peranti adalah ruang slot untuk microSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB.

image is not available

Seterusnya, sistem tri-kamera dengan sensor utama sebenar 13MP digunakan, di samping kamera hadapan sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri berkapasiti 5,000mAh, menjalankan antara muka Realme UI R Edition berasaskan Android 11, port sambungan USB-C dan sebagainya. Untuk harga, Realme C31 dijual pada IDR 1,599,000 (~RM471) (3GB/32GB) dan IDR 1,749,000 (~RM515) (4GB/64GB).