Redmi 10C Dengan Snapdragon 680 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM559

TechnologyDigital
18 Mar 2022 • 4:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengguna di Malaysia kini menerima penawaran baharu daripada Redmi. Melaluinya, Redmi 10C telah diumumkan secara rasmi dengan tanda harga bermula RM599 (4GB/64GB) dan RM629 (4GB/128GB). Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti Graphite Grey, Ocean Blue dan Mint Green. Ia boleh didapati bermula esok iaitu 19 Mac 2022 menerusi kedai atas talian dan pengedar rasmi di seluruh Malaysia.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Redmi 10C lengkap dengan skrin 6.71-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Bersama-sama dengan cip Snapdragon 680, ia turut dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan mencapai 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kemudian, dwi-kamera utama digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP. Kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, pengimbas cap jari fizikal dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved