Cana One Ialah Mesin Pencetak Molekul Dengan Kemampuan Untuk Membancuh Lebih Dari Seribu Resipi Minuman

TechnologyDigital
4 Mar 2022 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peranti yang boleh mengeluarkan semua jenis makanan dan minuman adalah sesuatu yang secara lazimnya hanya diperlihatkan di alam fiksyen sains, tetapi sebuah syarikat baru yang dinamakan Cana dilihat telah memperkenalkan sebuan mesin “pencetak molekul” Cana One yang hadir dengan kemampuan untuk mencampur lebih daripada 1000 resipi minuman.

image is not available

Dari luar, Cana One kelihatan seperti sebuah mesin mengeluarkan minuman yang hadir dengan rekaan serba premium dengan skrin sesentuh yang mana pengguna boleh tatal ke kiri dan kanan untuk memilih minuman manakah yang mereka mahu cuba.

image is not available

Cana One dilihat menggunakan beberapa katrij yang mengandungi perasa, gula, alkohol dan karbon dioksida yang boleh dicampurkan untuk membancuh pelbagai jenis minuman dengan cepat dan mudah. Cana dilihat akan menggantikan setiap katrij ini apabila ia habis digunakan secara percuma, tetapi pengguna akan perlu membayar untuk setiap minuman yang dibuat.

image is not available

Konsep pencetak molekul dan minuman Cana One ini adalah sesuatu yang cukup menarik, dimana selain membolehkan pengguna mencuba lebih 1000 jenis minuman daripada satu mesin, ia juga dilihat membantu mengurangkan kebergantungan kepada bahan-bahan lain yang dilihat boleh mengotorkan alam sekitar seperti plastik.

Cana baru-baru ini telah membuka tempahan untuk Cana One dan mengatakan bahawa 10 ribu pelanggan pertama yang menempahnya akan menerima harga diskaun awal $499, dimana selepas itu, harganya akan dinaikkan ke $799.

View Original Article