Nilai Memori DDR3 Dilihat Akan Melonjak Kerana Bekalan Yang Semakin Berkurangan

TechnologyDigital
8 Mar 2022 • 1:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

TrendForce baru-baru ini mengeluarkan sebuah laporan yang mengatakan bahawa harga untuk memori DDR3 akan melonjak dengan mendadak kerana bekalannya yang semakin berkurangan, dan juga permintaan yang tinggi, khususnya untuk menggantikan memori yang sudah rosak pada komputer-komputer lama.

Perkara ini dilihat kerana sejumlah besar syarikat-syarikat pembuat memori dari Korea Selatan seperti Samsung dan SK Hynix akan menghentikan pengeluaran memori DDR3 mereka, manakala syarikat-syarikat pembuat memori dari China tidak dapat mengeluarkan memori tersebut pada skala yang dikehendaki.

image is not available

Setakat ini, hanya Micron mengesahkan bahawa mereka akan terus mengeluarkan memori DDR3 buat masa ini, manakala syarikat-syarikat pembuat memori dari Taiwan sedang mengembangkan kemampuan kilang-kilang mereka untuk mengeluarkan lebih banyak memori tersebut, tetapi ia hanya akan sedia sekitar 2023-2024.

TrendForce mengatakan bahawa kerana dua faktor permintaan yang meningkat dan bekalan yang berkurangan, harga memori DDR3 ini akan meningkat sekitar 5 peratus bermula suku kedua tahun ini.

Anda mungkin merasa pelik tentang komputer manakah yang masih menggunakan memori DDR3, tetapi cip-cip memori ini masih digunakan dalam peralatan elektronik yang tidak memerlukan komponen-komponen yang lebih berkuasa seperti modem, penghala WiFi, televisyen, dan juga pelbagai kelengkapan elektronik yang lain.

Sumber: TechPowerUp