Singapura Tidak Lagi Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Bermula 29 Mac Ini

24 Mar 2022 • 2:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Negara seberang tambak, Singapura menerusi Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong hari ini ada mengumumkan bahawa rakyat mereka tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka di kawasan luar bermula 29 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat selari dengan usaha kerajaan Singapura untuk membiasakan rakyat untuk hidup bersama wabak COVID-19 namun masih lagi mewajibkan setiap individu untuk memakai pelitup muka di kawasan tertutup.

Terdahulu, Singapura telah mencatatkan 26,000 kes pada Februari lalu dan menurun sehingga 9,000 kes sehari setakat semalam.

Laporan perubatan kini memaklumkan bahawa COVID-19 yang dihidapi kebanyakan individu hanyalah simptom ringan dan ada juga yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Singapura juga telah merekodkan 92% rakyat yang telah mendapat vaksinasi lengkap manakala 71% lagi sudahpun memperoleh vaksinasi penuh berserta suntikan dos penggalak.

image is not available 2 hari lalu

Akibat Terima Dos Penggalak Berbeza, 2 Rakyat Malaysia Dihalau Dari Jerman

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved