Pemain tengah Arsenal dilapor masuk Islam

Football
18 Mar 2022 • 11:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PEMAIN tengah Arsenal, Thomas Partey dilaporkan memeluk Islam selepas menuntut ajaran agama itu selama beberapa bulan di Britain.

Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin itu, namun dakwaan tersebut bertiup kencang di media sosial.

Gambar pemain Ghana tersebut dengan Imam Sheikh Muhammad Al-Azhari di Pusat Islam di London, sambil memegang al-Quran turut tular di laman Twitter.