
Kota Kinabalu: Infrastruktur yang kukuh amat diperlukan untuk membantu pembangunan e-Sukan di negeri ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata demikian semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada Selasa susulan satu soalan yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Limbaharu, Datuk Juil Nuatim mengenai rancangan jangka panjang Kementerian itu untuk sukan tersebut.

