PRN Johor: PM tahniah kemenangan BN, berterima kasih kepada pengundi

Politics
13 Mar 2022 • 7:23 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor,” kata Naib Presiden Umno itu dalam hantaran laman Facebook beliau semalam.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada plihan raya negeri itu.

“Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor!,“ kata beliau dalam hantaran itu.

BN memperoleh majoriti mudah menerusi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRN Johor untuk membentuk kerajaan negeri, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 10.21 malam semalam.

Sebanyak 56 kerusi Dun dipertandingkan pada PRN Johor kali ini.

Dun Johor dibubarkan pada 22 Jan lepas manakala penamaan calon diadakan pada 26 Feb lepas.-Bernama