Budak terperangkap di luar tingkap tingkat tiga pangsapuri

4 Mar 2022 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan selepas terperangkap di luar tingkap rumah di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Taman Pelindung Damai di sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Kamarul Bieza Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk jam 10.11 pagi berhubung kejadian.

Menurutnya, susulan maklumat, lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

"Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak tersebut masih berada di luar tingkap dan tindakan menyelamat segera dijalankan.

image is not available

"Anggota menggunakan tangga untuk naik dan membawa turun kanak-kanak tersebut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kamarul Bieza berkata, punca kejadian tidak dapat dipastikan namun kemungkinan kanak-kanak itu keluar melalui tingkap dan gagal naik kembali untuk memasuki rumah.

"Tindakan segera penduduk memaklumkan kejadian berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada kejadian tidak.diingini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved