50 'Bagang' Haram Diarah Roboh

10 Mar 2022 • 4:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Notis merobohkan struktur binaan yang dikenali sebagai bagang ini diserahkan kepada pengusaha sangkar ikan.

TAWAU - Sebanyak 50 binaan sangkar ikan yang didirikan tanpa lesen di sekitar perairan Inderasabah dan Kalumpang, di sini diarah dirobohkan dalam Operasi Bersepadu Khas, semalam.

Struktur dikenali sebagai bagang itu juga dikesan dibina melebihi had kawasan dibenarkan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim V Siva Kumar berkata, operasi pada jam 8.30 pagi yang dijalankan bersama Jabatan Perikanan Sabah itu, bertujuan mengesan pengusaha bagang yang melanggar peraturan perikanan negara.

“Penguatkuasaan seperti ini termaktub dalam syarat sah lesen dikeluarkan Jabatan Perikanan.

“Selain tindakan tegas terhadap pengusaha bagang haram, ia juga sebagai peringatan kepada semua komuniti maritim untuk sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

image is not available
Salah satu bagang yang dibina tanpa lesen.

Siva berkata, ketika operasi sama, Jabatan Perikanan mengeluarkan notis perobohan dan memberi tempoh sebulan kepada pemilik bagang untuk membuka struktur binaan masing-masing.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka gagal atau enggan mematuhi notis tersebut.

“Saya melihat pemantauan struktur binaan bagang di kawasan laut perlu dilakukan kerana ia berkemungkinan menjadi tempat persinggahan penjenayah, termasuk rompakan, penculikan mahu pun penyeludupan,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2022
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved