Sempadan Negara Akhirnya Dibuka April Ini

Politics
8 Mar 2022 • 8:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini selaras dengan perancangan negara memasuki fasa 'Peralihan Ke Endemik'. Gambar menunjukkan sempadan Thailand-Malaysia di Sungai Kolok, Thailand. - Gambar AFP

KUALA LUMPUR - Persoalan mengenai tarikh pembukaan sempadan negara terjawab selepas kerajaan memutuskan ia akan dibuka pada 1 April ini.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Parlimen yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial, hari ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut bersandarkan kepada tiga perkara asas, iaitu memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan, berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19 serta membandingkan keperluan pembukaan sempadan dengan negara lain.

Katanya, apa yang paling penting untuk Malaysia sekarang adalah menjadi sebuah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua.

“Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa.

“Mereka juga dibenarkan ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar,” katanya.

Ismail Sabri berkata, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.

“Sebaliknya, mereka hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi ‘Traveller’ dalam MySejahtera,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved