Oscars – Kemenangan Mengejut 'CODA' Dan Drama Amukan Will Smith

Entertainment
28 Mar 2022 • 3:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Para pelakon dan tenaga kerja filem CODA. Gambar: Frederic J. Brown, AFP

Kemenangan CODA sebagai pemenang Oscars bagi kategori Filem Terbaik dalam Anugerah Academy Ke-94 benar-benar mengejutkan ramai kerana ramai yang menjangkakan bahawa ia akan berpihak kepada The Power of the Dog.

Apatah lagi, The Power of the Dog sudah pernah diangkat sebagai Filem Terbaik dalam beberapa majlis anugerah yang besar sebelum ini.

CODA adalah sebuah filem remake daripada Perancis dengan judul La Famille Belier yang mengisahkan tentang kehidupan keluarga cacat pendengaran dan anak perempuan mereka. 

Rentetan daripada kejayaan yang dicatatkan mereka dalam majlis anugerah yang dianjurkan Producers Guild serta Anugerah Screen Actors Guild ini turut dilaporkan turut mendorong CODA diangkat sebagai Filem Terbaik Oscars pada tahun ini. 

Kemenangan CODA itu juga mencatat sejarah kerana ia adalah filem penstriman pertama yang memenangi Filem Terbaik di Oscars. 

Malam kemuncak anugerah yang berlangsung di Dolby Theatre di Hollywood, California pada malam Ahad (waktu tempatan Isnin pagi)  ini turut mengangkat Will Smith sebagai Aktor Terbaik dan Jessica Chastain sebagai Aktres Terbaik. 

Filem yang Dune dan The Power of the Dog yang disebut-sebut bakal mendominasi Oscars ternyata tidak pulang dengan tangan kosong. 

Dune seperti yang dijangka berjaya menguasai beberapa anugerah teknikal utama termasuk Suntingan Filem Terbaik, Kesan Khas Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Bunyi Terbaik, kesemuanya enam anugerah. 

Manakala, The Power of the Dog pula menyaksikan Jane Campion mencatatkan satu lagi sejarah Oscars apabila menjadi wanita ketiga yang pernah memenangi kategori pengarah terbaik. 

Anugerah yang berlangsung dengan lancar dan sempurna ini kemudian mencetuskan ‘drama’ apabila aktor Will Smith tiba-tiba mengamuk terhadap Chris Rock dan meminta supaya isterinya, Jada Pinkett Smith tidak dikaitkan dengan lawak komedinya itu. 

image is not available
Gambar Fail

 

Senarai Pemenang Oscars 2022: 

Filem Terbaik

CODA 

Aktres Terbaik dalam Teraju Utama 

Jessica Chastain – 'The Eyes of Tammy Faye' 

Aktor Terbaik dalam Teraju Utama Best Actor 

Will Smith – 'King Richard'

Aktor Terbaik untuk Watak Pembantu 

Troy Kotsur – 'CODA' 

image is not available
Ariana DeBose, Troy Kotsur, Jessica Chastain. Gambar: Frederic J. Brown, AFP

Aktres Terbaik untuk Watak Pembantu 

Ariana DeBose – 'West Side Story' 

Pengarah Terbaik 

Jane Campion – 'The Power of the Dog'

Tulisan Terbaik (Lakonlayar Asli) 

Belfast – Kenneth Branagh 

Tulisan Terbaik  (Adaptasi Lakonlayar)

CODA – Siân Heder 

Filem Cereka Antarabangsa Terbaik 

Drive My Car

FIlem Cereka Animasi Terbaik 

Encanto 

Filem Cereka Dokumentari 

Summer of Soul (Or, When The Revolution Could Not Be Televised)

image is not available
Billie Eilish, Ahmir 'QuestLove' Thompson, Finneas O'Connell. Gambar: Valerie Macon, AFP

Suntingan Filem Terbaik 

Dune 

Sinematografi Terbaik 

Dune 

Muzik Terbaik (Skor Original) 

Dune 

Muzik Terbaik (Lagu Original) 

'No Time to Die' – No Time to Die 

Bunyi Terbaik 

Dune 

Kesan Visual Terbaik 

Dune 

Rekaan Produksi Terbaik 

Dune 

Rekaan Kostum Terbaik 

Cruella 

Solekan dan Dandanan Terbaik 

The Eyes of Tammy Faye 

Filem Animasi Pendek Terbaik 

The Windshield Wiper 

Filem Aksi Live Pendek Terbaik 

The Long Goodbye 

Dokumentari Bersubjek Pendek 

The Queen of Basketball