Cip Apple M2 dispekulasikan muncul dalam iPad Pro (2022)

Digital
28 Mar 2022 • 6:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kali terakhir Apple mengemas kini penawaran iPad Pro adalah dalam bulan April 2021 menerusi iPad Pro 12.9 (Generasi 5) dan iPad Pro 11 (Generasi 3). Ketika itu mereka membawakan naik taraf seperti cip M1 yang baharu serta storan sehingga 2TB dan beberapa naik taraf lain.

Untuk tahun ini, penganalisis di MacRumors menjangkakan yang Apple Akan mengumumkan cip M2 yang lebih berkuasa. Ia cocok dengan tradisi Apple yang masih belum gagal melancarkan iPad baharu dengan cip pemproses baharu sejak tahun 2015.

image is not available
Antara yang menarik dengan iPad Pro (2021)

Selain daripada cip M2, iPad Pro (2022) juga dikatakan hadir dengan teknologi MagSafe untuk pertama kalinya dalam siri ini. Sekiranya benar, ia perlulah sekurang-kurangnya yang menyokong paras kuasa melebihi 15W. Jika tidak, kalau iPad itu sedang lakukan tugas berat, ia cuma melambatkan penggunaan bateri dan bukannya mengisi bateri.

Untuk makluman anda, paras kuasa maksimum yang disokong MagSafe masa ini adalah 15W.

Bukan setakat iPad Pro (2022) digembar gemburkan kemunculannya. Produk seperti MacBook Pro, Mac Mini, dan iMac turut dikhabarkan akan diumumkan bersama-sama iPad ini. Bilakah pelancaran ini akan berlangsung? Ada seorang tipster berkongsikan info yang Apple akan menganjurkan WWDC 2022 dengan kehadiran fizikal dalam awal Jun 2022.