Binaan struktur menara telekomunikasi disita

2 Mar 2022 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita struktur menara telekomunikasi milik sebuah syarikat persendirian di Kampung Asam Kumbang Kuala Kubu Bharu di sini.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilakukan pada Selasa atas kesalahan meletakkan bahan binaan tersebut di tempat awam tanpa kebenaran MPHS.

Menurutnya, MPHS sebelum telah mengeluarkan notis pada 14 Januari lalu mengarahkan pemilik berkenaan memindah atau mengalihkan struktur menara telekomunikasi itu dari lokasi tersebut.

"Setelah tempoh yang diberikan tamat, kita dapati pemilik tersebut gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan sebelum tindakan sita dilakukan.

"Struktur menara telekomunikasi tersebut di bawa ke depoh tahanan penguatkuasaan untuk tahanan dan tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan di Facebook MPHS pada Rabu.

Katanya, tindakan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 46(3) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.

Tambahnya, sebarang kerosakan dan kehilangan barangan yang disita adalah di atas atas risiko pemilik dan MPHS tidak bertanggungjawab terhadap barangan yang disita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved