Tiket Habis Dalam Seminit! BTS Kembali Dengan Konsert Di Seoul

Music
11 Mar 2022 • 11:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: AFP/BigHit Music

Selebriti sensasi BTS kembali beraksi di pentas tanah kelahiran mereka, Seoul buat pertama kali sejak COVID-19 melanda dunia, sekali gus mengubati kerinduan para peminat.

Konsert Permission to Dance on Stage-Seoul yang berlangsung pada Khamis di Stadium Olimpik, Seoul itu merupakan satu daripada tiga sesi yang berlangsung selama tiga hari.

Stadium itu memuatkan 60 ribu pengunjung iaitu separuh daripada kapasiti asal sebagai langkah penjagaan jarak fizikal.

image is not available
Para peminat di konsert BTS 'Permission to Dance on Stage-Seoul'. Gambar: Jung Yeon-je / AFP

Dapat dilihat kemeriahan dan kehangatan semasa konsert berlangsung apabila para peminat melambai lampu LED berwarna ungu ke udara. Ungu adalah warna rasmi bagi kelab peminat kumpulan BTS.

“Bila nampak anda semua duduk di sini, ia menandakan banyak perkara telah berubah. Entah bila lagi kita dapat menikmati sebuah konsert dengan tepukan yang gemuruh seperti ini?

“Ini sememangnya konsert yang perlu diingati dalam sejarah,” kata Kim Nam-joon selaku ketua kumpulan BTS yang terharu melihat para peminat sudah boleh ke konsert secara bersemuka.

image is not available
Gambar: Twitter @bts_bighit

45,000 tiket untuk ketiga-tiga konsert itu habis dalam masa seminit walaupun banyak syarat seperti penjarakkan sosial ditetapkan penganjur sebagai langkah berjaga-jaga penularan COVID-19. 

Salah seorang peminat bernama Heo Min-hee meluahkan perasaan terharu kerana berjaya mendapatkan tiket yang diibaratkan seperti mimpi. 

“Saya macam tak percaya bila tengok tempat duduk saya seperti yang tertera di dalam tiket,” katanya kepada sumber AFP.

image is not available
Gambar: Twitter @bts_bighit

Tidak hanya orang muda, malah Han Aeng-hee, 53 tahun, juga gembira kerana berjaya membeli tiket konsert pemenang American Music Awards 2021 itu.

“Saya berdoa setiap hari agar saya dapat beli tiket. Mujurlah saya berjaya mendapatkan tiket pada konsert hari pertama dan terakhir mereka,” katanya.

Untuk rekod, pada tahun 2020, BTS terpaksa membatalkan konsert jelajah terbesar mereka yang melibatkan 40 konsert akibat pandemik. Sebaliknya, mereka hanya mengadakan beberapa konsert dalam talian sahaja. 

Namun begitu, pertunjukkan pertama mereka di Los Angeles pada November telah berjaya mengutip sebanyak USD33.3 juta seperti dilaporkan Billboard. - Getaran, 12 Mac 2022