Kerjasama strategik antara Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sempena majlis sambutan setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)

31 Mar 2022 • 3:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sabah yang diwakili oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diperkukuhkan melalui satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman sempena Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah pada 29 Mac 2022.

Inisiatif ini adalah susulan daripada Pekeliling Am Bilangan 1/2021, pelaksanaan polisi Amalan Baik Peraturan bagi Negeri Sabah yang dikeluarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, JP Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 23 Ogos 2021 dan pelancaran polisi Amalan Baik Peraturan Negeri Sabah (GRP Sabah) 2021 oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada 29 September 2021.

Pelaksanaan GRP Sabah adalah salah satu inisiatif SMJ di bawah Pemboleh Daya Kecemerlangan Tadbir Urus yang Berintegriti. GRP Sabah adalah rujukan penting sebagai panduan untuk menyemak atau meminda ordinan, enakmen, peraturan dan garis panduan sedia ada sejajar dengan keperluan semasa serta ekspektasi pihak berkepentingan.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berfungsi sebagai badan pemantau yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice-GRP) yang merangkumi peningkatan kualiti peraturan baharu dan sedia ada dalam usaha melahirkan penyampaian perkhidmatan sektor awam yang lebih cekap dan telus.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman, impak pelaksanaan GRP Sabah akan meningkatkan kualiti peraturan baharu dan peraturan sedia ada supaya penyampaian Perkhidmatan Awam lebih cekap, berkesan dan telus dalam mewujudkan persekitaran yang memudah cara perniagaan serta menyumbang kepada jangkaan penjimatan kos pematuhan sebanyak 25 peratus yang menyasarkan peningkatan pertumbuhan produktiviti 2 sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus seterusnya menyumbang kepada peningkatan KDNK negeri sebanyak 6.5 peratus menjelang 2025.

GRP Sabah dipandu arah, diselia dan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu GRP Sabah (JPGRP) dan Jawatankuasa Teknikal GRP Sabah (JTGRP). MPC Wilayah Sabah bertanggungjawab membantu dan bekerjasama dengan JPAN Sabah terutamanya dalam memberikan khidmat rundingan dan bimbingan kepada Agensi Negeri Sabah dalam melaksanakan Analisis Impak Peraturan (Regulatory Impact Analysis-RIA).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.